? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jan 12, 2009

Motivasi dari HM TUAH

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam
keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi
oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang
menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke
bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.
Berbeza dengan anda bukan?
Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak
pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan
imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah
'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan
'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda
kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila
berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran,
berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah
risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam
keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa
berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang
suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan
perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila
disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna
menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan
dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh
isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan,
sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu
melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang
suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah
kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air
mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan
anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa
teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu
menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui
kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,
akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta
maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang
berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian,
wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa
jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun
tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka
memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi
layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan
keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter
bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang
menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab
kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik
dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda
setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih
banyak tentang lelaki?


Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang
lelaki.


Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.


*****bayk dah koleksi aku simpan..peminat HMTUAH..betuah aku..hehe****

2 comments:

Mie said...

HM Tuah yang hot.fm punya motivator tu ka?
"Renung renungkan dan selamat beramal" trademark dia tu ka?

nuwen said...

bukanla...tu profeser apa ntah ...ni doktor
ni pakar psikolgi yang jarang becakp byk menulis
hehe