? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Dec 31, 2009

kasih sayang


bila kita tgok gambar ni apa yang kita dapat fikir??

Dec 27, 2009

sepanjang perjalanan ini...

salam..





result..result...

me??

da kuar result sem lpas..sumer ok but jatuh sikit pointer..byk main ke..takpela janji still ok lg paras pointer..hehe..so kena smbg lagi sem baru start 3 jan 2009..uitm tgu yer..


ermm adik plak amik pmr tahun ni..ni jela adik yang aku ada.bangga sbb dapt 8A bunyi sedey sebb bkan 9A katanya..alhamdulilah..apepun kami sekeuarga memang syukur apapun result yang adik dapat.








kerja??
ermm skang busy sgt utuk abiskan sgala pengauditan 2009 n akaun kerajaan pun da start nak tutup..warghh cuti kena beku..takpe sentiasa senyum utk hilngkan stress ini..hehe..selamat menyambut tahun baru..

Dec 26, 2009

penyakit lama..

salam..

abis je exam perkhidmatan aku smbung balik penyakit lama...penyakitnya
"mengadap tgok drama korea"
mcm biasa my soju website menjadi pilihan, kalu nak beli dvd kira investmen kan..(bunyi kedekut)hehe..whatever la..janji dapat tgok..so kalini aku tgok citer ni untuk 2 ujung mgu..

18 vs 29

ini cerita lama tahun 2005
orait citer ni..

Description:
The main chracter is Yu Hyechan who is 29 years old.Hyechan is married to Kang Bongman who is her old classmate in high school whom she despised and hated because of his cocky attitude.But later she fell for him after being rejected by Shi Woo her crush.
This drama takes the audience back to the 1990s. The main character of the drama, Yu Hyechan, 29, reverts mentally to an 18-year-old girl after having a car accident. As she recovers her memory and the relationship with her husband, Kang Sang-yeong, she goes through many hilarious and heart-moving moments. --

ini lak

Boys Before Flowers
tahun 2008 skang tgah main kat 8tv ..citer ni aku dapt dvd dari membe..kawan kepada kawan dia download..hehe..jan di so cute..f4 pulak ensem betoi..hee

Description:
Jan Di is an average girl whose family owns a dry-cleaning shop that is located near the luxurious and well-known Shin Hwa College. Jan Di meets the four most richest and spoiled boys when she delivers laundry to the school one day. The boys are known as the F4 and cause trouble to those who speak out against them.

*****start mgu depan penyakit ini akan bekurangan sbb kelas da start..besnyer busy..heheh

Dec 14, 2009

LAMANYA...


salam..

wah lamo benor aku tak rajin mengudpdatekan apa yg berlaku..erm rasanya takda apa yang nak dikongsi..bunyi mcm merajuk..heee..alhamdulilah kehidupan yang sekarang dan mendatang akan jadi yang terbaik..beberapa hari lagi da nak masuk 2010..ermm apa yang diazamkan?heee..jadikan azam ni KRA untuk kita capai..amin

Dec 3, 2009

untukmenghilang kan stress..hehe

Nov 18, 2009

Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya.....-.

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan.

Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya MasyaAllah..-.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.

Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah.

Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.

Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadi kan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Risaukan hati kami selagi kami tak segerakansollat; biarlah kami risau di dunia agar kami tidak risau lagi dihari akhirat kelak.

Amin.

Nov 16, 2009

Berkahwin pahala, kukuh iman

BENARKAH jodoh bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang? Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanannya namun andainya jambatan itu pendek, barangkali cepat jodohnya.

Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat untuk bertemu jodoh. Mereka yang berusia 35 tahun pula tidak perlu gundah jika belum bertemu jodoh kerana sepanjang usia berkenaan digunakan untuk membina kecemerlangan.

Bahkan ada yang sudah mencecah 40-an, tetapi jodoh belum juga tiba.

Namun, tidak berputus asa menjadi asas terbaik buat wanita. Jika terlalu memikirkan soal jodoh sehingga mengganggu perasaan, ia bukanlah sesuatu yang baik.

Bagi wanita yang berpandangan jauh, boleh saja menyatakan pada diri bahawa ia semua ketentuan takdir dalam soal rezeki, jodoh mahupun ajal.

Katakan kepada diri bahawa jodoh anda mungkin belum sampai lagi.

Nyatakan perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah Maha mendengar.

Selain itu, beberapa perkara perlu difikirkan untuk renungan wanita yang belum bertemu jodoh.

Ingatlah wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.

Persoalannya, apakah anda sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar isteri atau ibu? Sudahkah bersedia menjalani pelbagai rintangan hidup berumahtangga?

Berikut adalah falsafah dan firasat mengenai jodoh serta hidup berpasangan buat renungan mereka yang enak dibuai perasaan:

- Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Perkahwinan juga demikian.

Ia baik sebab dibenarkan agama dan sunnah Nabi sebagai saluran betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah, tetapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

- Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

- Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

- Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

- Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.

- Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Oct 12, 2009

`Bengkok`nya Perempuan...



"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."



"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Shahril Azmi? Siapa yang buat hal kali ni?"



"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."



"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."



"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."



"Jangan cakap macam tu, Sharil Azmi. Maksud Hadis tu bukan begitu."


"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Nuar?"



"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."
"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."


"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."



"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"



"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."



"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."



"Apa maksud sebenar Hadis tu?"



"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."



"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"



"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."


"Hmm, betul tu Nuar."



"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."



"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."



"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

Oct 6, 2009

7 oktober 1985


Alhamdulilah

Terima Kasih Allah kerana memanjangkan umrku..semoga hari2 ke depan akan mendapat keredhanMu..

Oct 1, 2009

Ish..ish

sapa punya keja ni!!!

Sep 27, 2009

Nur Kasih (episod 17)

A year later, Adam has set up his own architect firm specializes in Islamic Architecture.
He was surprised with a visit from Nur Amina. He asked if she was back for good and
found the happiness she’s been searching for. Nur nodded. She asked why he stopped
writing. Adam thought Nur never read his e-mails. Nur said she read every single one.
Adam invited Nur to join him to meet his family for Aidil’s wedding. She accepted and
Adam realised she just arrived from the airport. Adam and Nur reconciled, Aidil was
happy of their reunion. Adam grateful of his brother’s sacrifices. Aidil and Nur spent
their first true night together that night.


Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat
pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Aminayang
sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah
temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis
email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, ta[I Nur kata
dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung
bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam
berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka
menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam
pertama mereka dalam erti kata sebenar

Sep 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Salam Aidlifitri sumer..
nuwen ucapkan kepada semua umat islam yang menyambut kemeriahan ini..sempena aidifitri yang bakal tiba 2 hari lagi..nuwen menyusun 10 jari memohon maaf atas kesalahan yang dilakukuan pada semua orang..nuwen pun dengan ikhlas hati memaafkan segala yang berlaku..semoga aidilfitri kali ni lebih bermakna..
Walau langkah tak bertemu,
Tangan tak berjabat,
Ucap tak terdengar,
Mata tak bertentang,
Mohon maaf salah silap...
Kerana ada tika nya mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata2 & Hati tersalah menduga.
SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Sep 15, 2009

penghujung ramadhan

salam sumer..da penghujung ramadhan..

lamanya tak update..bz sesangat..walaupun mood raya da datang, opis aku ni bukan kira nak kejar date line bukan main lagi..takpa..sabar kita masih dalam bulan ramadhan.
byk tul dugaan, henpon jatuh skrinnya pun kabur..duit..duit..tgu jela lepas raya..byk citer menarik tapi lum sempat nak citer..

Sep 10, 2009

Nur Kasih..


malam ni ada episod 16 Nur Kasih..sapa minat nak tgok..

sipnopsisnya



Episode 16
The girl was accompanied by her father and walking towards the same hotel where Aidil
is staying. As she entered, Mother holds Aidil’s hand. Mother is proud to have Aidil as a
son. She’s thankful for Aidil’s sacrifice that Adam is now repent. Mother wants the best
for Aidil and believes Aidil will get it someday. Aidil smiled, understood his mother’s
words, glanced at the girl. Mother asked Adam to let go of everything and let Nur go.
Adam said he won’t do it unless Nur asked for it herself. He’s still hopeful. Adam
received a letter from Nur who wrote she’d forgiven him and asked him to forgive her
too. She realized that she’s not a perfect wife and gave him her consent to find her
replacement. Adam replied for him, Nur is his everlasting wife. He finishes his letter with
a prayer.


Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat
Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata
dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini
kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang
terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah
gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam
dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh
harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga
pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan
mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak
akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia
menamatkan suratnya dengan sebuah doa.


**nuwen:minat tgok, g terawih tak sempat..tgok online

Sep 4, 2009

Kek Batik Ku..


ermm..lama aku tak buat kek batik..smpai kena cari balik resepinya..dulu kawan sekolej aku pandai buat ni..dewi..mana ntah hilang skang..rindu kat dia bila nak buat kek ni..memg senang je n sedap..budak2suka sgt..tapi ayah aku pun suka jugak..hheeh..
kalu nak mencuba tgok resepi ini kat bawh tu..selamat mencuba
Kek Batik
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
biskut marie yg telah dipatah dua (sepeket)
1 buku mentega
1 tin susu pekat (ikut manis yang anda suka)
1 paket kecil milo (kdg2 aku letak 1/2 je)
1 botol kecik serbuk koko
sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak (tumbuk kasar)
sedikit kismis

Cara-cara
Cairkan mentega di dalam kuali.
Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.
Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata.
Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali.
Gunakan api yg kecil saja.
Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan.
Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.
Sejukkan selama setengah hari. Letak dlm peti ais
hidang..siap..mudah dan sedap

Aug 18, 2009

Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulilah Allah berikan kita masa lagi untuk bertemu ramadhan ini..Semoga kedatangan ramadhan kali ini akan memberikan kita peluang melakukan banyak ibadah..Selamat Malakukan Ibadah Berpuasa dan bertarawikh..

Jul 30, 2009

Qadha puasa, bayar Fidayah?

Assalamualaikum



Bila tiba bulan ramadhan ni datang nya dulu bulan Rejab n Syaban. Kata ustaz aku dulu bole kita tangguh kan ganti puasa sebab nak puasa pada bulan Rejab n Syaban..tapi bila last2 mint ni mula la ada hari yang tercicir,,sebab tu kita seharusnya gantikan puasa secepat mungkin..



so sebagai peringatan dan ilmu untuk aku n semua kekawan dari blog imam khalid.



Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.
Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.
Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).



Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?
Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.
Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.


Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?
Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.
Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.
Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.
Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.
Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.


Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?
Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.
Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.
Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.


Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?
Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.


Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.
Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).


Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?
Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah
dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.
Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.


Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?
Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.
Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.


Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):
Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.


Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.


Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang
tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?

Jul 13, 2009

Wonders of the World

Lavender Farm and Tree
DisneyCastle

View of Holland


German's New SwanCastle

Scenery of Europe

Autumn in Germany


Tundra

Cherry Blossoms Japan

**cantiknya..teringinnya tgok keindahan ciptaan Allah tu...




Jul 8, 2009

Tentang Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia
bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi
menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan
tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England
Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan
masa selama setengah
jam berendam dalam air suam dapat menurunkan
tingkat gula darah sekitar
13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10
minit berendam dalam air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung
terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu
yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32
hingga 35 darjah Celsius
membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan
toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah,
menyembuhkan sakit otot dan
membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan
baik. Waktu yang
dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12
hingga 18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan
ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula
darah.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti
ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik
(sodium bicarbonate) ke
dalam air mandian. Ia bertindak sebagai
antiseptik. Isikan air ke bekas
mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk
sehingga rata. Digalakkan
untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air
panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan
kembali kaki yang
lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas
sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis
minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh
dengan air sejuk.
Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat
baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah
tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna
bagi kaki lelah,
pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


*******mandila..untuk yang malas mandi.hee

Jun 28, 2009

kesibukan

salam semua...
ermm hampir seminggu tak update..busy sgt..mgu lepas exam perkhidmatan..jawab je..susah btoi paper akaun..tak tahula mcm mana..tapi paper undag2 n auditing ok..tawakal je..huhaaha...

erm da nak masuk semester baru..EPJJ ni bila la nak abis ni..warghhh...byk subjek lagi lum amik..erm bawak sikit2 la every sem takut pointer teruk..setakat skang alhamdulilah keja + belajar aku..yerla lum tranformasi ke alam lain..tapi apapun org lain bole buat kena pa aku tidak..UiTM tgu aku pegi lagi...huhu

babai..wassalam

Jun 16, 2009

LELAKI & WANITA BERBEZA...LELAKI & WANITA ISTIMEWA...DI SISI ALLAH



LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Jun 10, 2009

Happy Fathers Day


To all bapa2 di luar sana

Selamat Hari Bapa

to my lovely dad,

Abah yang the best..

terima kasih dgn kasih sayang yang diberi n ketegasan dalam mendidik anakmu ini..

IloveYou Abah..,

Jun 3, 2009

untuk ketenangan diri


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. D iolah oleh pakar motivasi
D atuk D r. Haji Fadzilah Kamsah.


1. D irikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. D isamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.

untuk di kongsi

Suami yang layak ditaati isteri
Ada orang bertanya, mengapa Rasulullah tidak menyatakan secara jelas ciri-ciri lelaki yang seharusnya dipilih
oleh bakal isteri. Hadis secara jelas hanya menyebut ciri-ciri wanita yang lazimnya dicari oleh lelaki iaitu
yang beragama selain tiga lagi jika perlu.
Kalau lelaki diberi panduan untuk memilih wanita yang baik, mengapa tidak ada panduan untuk wanita bagi mencari
suami. Kata mereka, kalau ada panduan sudah pasti isteri tidak tersalah memilih suami pada masa hadapan.

Memang secara jelasnya Rasulullah tidak sebut kerana lazimnya lelaki sahaja yang mencari wanita. Tetapi sebenar
kalau wanita benar-benar hendak mencari bakal suami, mereka boleh ikut sepertimana Khadijah memilih suaminya,
Rasulullah.
Pada peringkat awalnya Khadijah menghantar perisik untuk melihat peribadinya secara lebih dekat. Perisik yang
adil sudah pasti akan membuat laporan yang betul mengenai apa yang dirisikkan itu. Hasilnya dia berjaya
berkahwin Muhammad dan ternyata pilihan itu terbaik.
Antara ciri-ciri yang dapat dikesan pada diri Muhammad pada waktu itu ialah:
1. Jujur lalu tidak mengambil kesempatan
2. Amanah dengan tugas
3. Pemalu dengan wanita
4. Beragama lalu takut kepada Allah
5. Boleh menjadi pemimpin.
Percayalah jika suami mempunyai ciri-ciri ini, pasti disenangi oleh isteri, malah saling hormat menghormati
sampai bila-bila masa sekalipun pada usia tua. Suami dalam keadaan itu tidak akan melakukan dosa baik sesama
manusia apatah lagi dengan AllahSWT.
Walau bagaimanapun, suami yang mempunyai ciri di atas perlu juga mencari wanita yang beragama bagi membentuk
rumah tangga yang damai bahagia. Gabungan inilah yang dikatakan serasi ataupun kufu.

Persoalan sekarang, wujudkah lelaki yang memiliki ciri-ciri di atas pada zaman ini? Bolehkah ditemui lelaki
sebegini di tepi jalan, di kebun bunga, di pasar dan seumpamanya? Hanya wanita yang agamanya kurang akan bertemu
jodoh di tempat-tempat berkenaan dan yang pastinya lelaki itu juga tidak menepati ciri-ciri di atas.

Inilah realiti yang berlaku pada hari ini, pasangan yang berkahwin dalam keadaan itu, bahagianya pada awalnya
sahaja tetapi bermasalah pada pertengahan jalan. Malah beberapa kes yang ditemui, pasangan itu tidak pandai atau
tidak mahu melakukan solat.
Jelas di sini, selain lelaki yang perlu mencari isteri yang beragama dan beriman selain kecantikan, berharta dan
berketurunan baik, wanita juga perlu pandai memilih bakal suami berdasarkan ciri-ciri di atas. Untuk itu, pihak
wanita juga perlu ada kumpulan perisik seperti yang dilakukan oleh Khadijah.
Apabila suami isteri sudah mengikut ciri-ciri di atas mereka perlu mengekalkan kedudukan itu sehingga ke akhir
hayat. Selain itu suami isteri boleh mengekalkan kebahagiaan yang dicapai dengan berpandukan hadis berikut:
Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang
maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya
apabila dia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan
hartanya” (Hadis Riwayat Muslim).
Isteri yang baik menurut hadis di atas ialah dia mesti bersedia mempamerkan persembahan yang terbaik untuk
suaminya sewaktu di dalam rumah. Maksudnya, apabila suami pulang rumah disambut oleh isteri dengan senyum mesra.
Dia menyediakan air minuman kerana kemungkinan suami dahaga. Suami dalam keadaan itu akan senang hati walaupun
mungkin terdapat masalah yang dihadapi sebelumnya. Masalah berat yang ditanggungnya dapat hilang apabila dilayan
sedemikian rupa.
Selain itu isteri terus memberi ketaatan kepada suami dalam semua keadaan terutama apabila diminta oleh suami.
Isteri itu juga tidak akan membantah kehendak suami selagi perkara yang disuruh itu tidak melanggar syariat.

Sungguhpun begitu, perkara yang penting dalam hal ini ialah isteri tidak membuatkan sesuatu yang tidak disukai
oleh suami. Jadi, semua yang hendak dilakukan isteri, dia akan meminta restu dan pandangan suaminya terlebih
dahulu.
Tiga perkara asas ini perlu dijaga oleh isteri dalam berhadapan dengan suami sama ada suami yang memenuhi
ciri-ciri di atas atau tidak. Mungkin tidak timbul masalah bila berhadapan dengan suami yang baik, tetapi
menjadi cabaran besar bila berhadapan dengan suami sebaliknya. Namun jika isteri dapat mendisiplinkan suaminya,
itulah kejayaan yang besar buatnya.
Sebagai contoh, suami melarang isterinya solat atau menutup aurat, dia boleh membantah dengan cara baik. Dia
tetap solat dan tetap menutup aurat dengan alasan perintah Allah. Lambat laun suami itu akan faham dan dia juga
akan turut melakukan solat secara istiqamah selepas itu.
Jadi, bagi mereka yang baru berkahwin dicadangkan supaya mereka saling menyenaraikan apa yang disukai oleh suami
dan isteri, juga apa yang tidak disukai kedua-duanya. Dengan cari ini mereka akan berhati-hati supaya tidak
melakukan perkara yang tidak disukai pasangannya.

May 7, 2009

Rahsia Hidung

Jeng...jeng.
ni antara personaliti diri di lihat dari hidung..tapi jangan percaya..bole ja baca..


Tuhan menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya… huhu

Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya.. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja..
Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

May 5, 2009

cerita si suami yang sangat kedekut

Al-kisahnya cerita suami yang sangat kedekut iaitu sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak.. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.
'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' tanya si suami
'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu.
'Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan
Isterinya berlalu dari situ.
'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan
harapan si suami akan ubah fikiran.
'Jgn nak ngada-ada, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli'
Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia. Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi
memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...
Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.
Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.
'Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah'kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga.
Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan istrinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri
yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.
'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?'
'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer' jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi
'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat'
Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer
'tapi apa syaratnya'
'semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran lebih RM10 bagi
setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik' jawab pilot tadi sambil tersenyum.
'Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya.
Maka, naiklah mereka akan pesawat tu... Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang
kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.
'Ehh? mana isteri encik?'tanya pilot tu terkejut.
'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi'
'Hahh apasal tak cakap'
'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak' jwb si suami
Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya

Apr 7, 2009

Kenapa perempuan mudah menangis?

Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis.
Supaya bagi yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam kehidupan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,
“Ibu,> mengapa ibu menangis?”> Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”> > “Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
“Nak, kau memang tak akan mengerti..
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya.
“Ayah, mengapa> ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus
bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada> suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,
“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”
Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap> bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi.
Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus kepada wanita agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini> bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah
“air mata kehidupan........

Apr 6, 2009

Renungan sempena hari ibu

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah...


###mama selamat hari ibu..kasih sayang in tiada tandingan pada mama..ilove u so much.. sampai syurga...doakan kejayaan dunia akhirat anakmu ini...

Jan 13, 2009

fakta bukan auta


gambar hiasan..hehe

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

"Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau. – Agensi

kosmo online

***tempat keja baru makan tak sedap..bolela diet nak pakai kebaya nyonya...heheh

benda yang senang tapi ramai tak buat

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1]
jari manis
2]
jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah
meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Jan 12, 2009

Motivasi dari HM TUAH

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam
keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi
oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang
menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke
bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.
Berbeza dengan anda bukan?
Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak
pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan
imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah
'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan
'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda
kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila
berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran,
berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah
risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam
keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa
berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang
suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan
perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila
disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna
menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan
dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh
isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan,
sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu
melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang
suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah
kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air
mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan
anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa
teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu
menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui
kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,
akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta
maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang
berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian,
wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa
jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun
tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka
memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi
layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan
keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter
bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang
menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab
kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik
dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda
setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih
banyak tentang lelaki?


Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang
lelaki.


Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.


*****bayk dah koleksi aku simpan..peminat HMTUAH..betuah aku..hehe****