? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jan 8, 2010

Isteri derhaka


Hadith : 


Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:"Diperlihatkan (Allah)


kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada


perempuan-perempuan kafir." Baginda ditanya oleh seseorang:"Apakah mereka


kafir kepada Allah?" Jawab Rasulullah, "Mereka kafir kepada karib (suami)


dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun


engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya


daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:"Saya tidak pernah


melihat kebaikan darimu sedikit pun!"



(al-Bukhari)




Huraian


1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya


kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah


dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya.


Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.



2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah


taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan


baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan


telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya


pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat


Ibnu Hibban)



3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu


kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain


dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi


lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya.


Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya,


kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.



4. Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun


oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita


yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan


manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia


adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang."


(Riwayat Al Bazzar).



0 comments: